Friday, December 02, 2005

Benarkah Mawi Dipuji Oleh TG Nik Aziz ?

Assalamualaikum w.b.t

Tercari-cari juga 'keratan' dari harakahdaily.net yang menunjukkan bahawa TG Nik Aziz memuji Mawi dan mengajak Mawi membuat persembahan di Kelantan ! Namun seperti yang kita semua tahu, 'link' keratan itu di 'delete' kan. Ada sahabat saya yang bertanya, "Apakah pandangan saya mengenai ulasan TG Nik Aziz itu?" Sebelum saya mengulas, saya ingin pastikan bahawa adakah 'Pengarang harakahdaily' telah mendapat fakta yang sebenar tentang berita ini? Adakah diterangkan kepada TG Nik Aziz apakah yang dijalani oleh Mawi sepanjang 'pengajiannya' di Akademi Fantasia itu ?


Disini saya melihat 2 skop yang berbeza tentang kenyataan itu. Seandainya tujuan TG Nik Aziz untuk men'dakwah' kembali Mawi yang ketika ini hangat dijadikan Idola golongan remaja kepada pegangan yang sebenarnya, saya setuju! Seandainya kita meng'offer'kan Mawi membuat persembahan di Kelantan TANPA berbaik-baik dengan Mawi agar membetulkan kembali 'nawaitu' serta landasannya untuk berada di dunia seni, saya bangkang.

Mengapakah perlu kita membetulkan kembali wadah perjuangan Mawi di bidang seni ? Ini kerana jika kita tidak pastikan Mawi berada dilandasan yang betul, maka suatu hari nanti warga Malaysia akan jadikan Mawi sebagai alasan untuk memburuk-burukkan seseorang yang memiliki pendidikan agama yang tinggi yang akhirnya terkandas di 'syurga dunia'.Kita tidak mahu lagi pelakon seperti M. Rajoli yang memiliki kelayakan untuk menjadi imam masjid tetapi kerana dunia lakonan,M. Rajoli boleh bebas 'bersentuhan' dengan bukan mahramnya!

Namun seandainya Mawi berbaik dengan orang yang 'tahu agama' seperti TG Nik Aziz, adakah Mawi akan terus melangkah kehadapan di dalam dunia seninya? Saya rasa sukar untuk meramalkan kehendak hati Mawi yang sebenarnya. Sekiranya Mawi inginkan 'nama di dunia sahaja' tidak mungkin Mawi akan 'rapat' dengan pimpinan TG Nik Aziz, jika Mawi inginkan 'nama di akhirat' Mawi pasti akan mengikut jejak langkah Ust Rock(Ust Hj Akhi Hai Rawa). Mengapa ? Ini kerana jika benarlah Mawi kini menjadi ikutan berjuta peminatnya diseluruh Malaysia, maka ini menjadi aset kepada perjuangan Islam, terutamanya golongan muda agar mendekati wadah perjuangan yang diperjuangkan oleh PAS.


Adakah Mawi ingin bersikap berkecuali dengan pelawaan TG Nik Aziz itu? Apa-apapun kita pastikan apakah susunan kata-kata yang diucapkan oleh TG Nik Aziz tentang pandangannya itu, seandainya memang sahihlah bahawa TG Nik Aziz ada mengulas serta mempelawa Mawi untuk ke Kelantan.

Jika Mawi memang memilih untuk berkecuali, saya kira itu suatu yang bersifat sementara kerana memang lumrah kerajaan pusat untuk melibatkan semua ahli seni di Malaysia termasuklah artis nasyid agar menyokong serta mengikuti setiap program hiburan tajaan mereka.

Saya teringat kata-kata yang disampaikan oleh Ust Roslan Che Ros semasa menyampaikan ceramah bulanan di kampus saya tadi. Seseorang yang ingin menjadi orang yang terbilang adalah orang yang

1)hatinya hidup (umpama garam yang dicampurkan di dalam air, yang mana bersifat meresap ke dalam air)
2)tidak terpengaruh dengan persekitaran luarannya yang kotor dengan maksiat (umpama ulat yang hidup di dalam kepompongnya, walau ribut, debu namun ulat itu masih putih bersih)
3)mempertahankan kadaulatan agamanya (umpama seseorang yang memegang bara api agar tidak padam)

Adakah Mawi bersifat ciri-ciri sebegitu, seandainya Mawi ingin mengembalikan ciri-ciri itu di dalam dirinya,maka Islam yang syumul yang didokong oleh TG Nik Aziz lah adalah jawapannya. Tepuk dada, tanyalah Iman ! Samaada sayangkan Islam ataupun sayangkan Syurga Dunia.


Sekian.

Coretan: Amirulreza

p/s ni artikel org lain.. bukan saya yang punya.. hehheh.... copy jer lah....

4 Comments:

Blogger boblokman said...

oghe kito! ceghito demo ni keno denge angin kawe nih. nati kawe stat buko ceghito politik. suko kawe demo baco tulisan kawe. sero naik angin, oghe dulu kato make alok. Nok gi semaye jumaat dulu neh. bua semula. saaale pata timo.

1:01 PM  
Blogger Unknown said...

oloh laa bob.. demo maghi kelih blog kawe.. nok jjeghik ghaso weh...

terharu kawe..sedak buko ceghito nih..ok oghe kito kito bua mmula2 pulok..

saale pata timo...

5:59 PM  
Blogger boblokman said...

Tu muqoddimah baru. Tunggu ceghito tu habih. Ni baru dok paka kasut. lepah ni baru jjale. pah tu ungga pah tu sapa mmano? demo kelih. Pah nok kato ghuano? Maghi ssituh, balik pun ssituh lah. Tamboh sikit blog demo,'seghupo ikan dale laut masa hidup beghene tok jadi masin, tapi kalu keno igak, nya buboh gaghe ko' re.' Wallahua'llam.

6:43 PM  
Blogger Fhiina Erlinda sufiana said...

yes. I agree with you,..!!!" XD

9:49 PM  

Post a Comment

<< Home