Thursday, June 23, 2011

Dari Tanah Aku Datang.. Ke Tanah Jua Kita akan Kembali...

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama aku tidak mencoretkan ceritera sastera di blog ini, apa tidaknya, setelah masuk ke dunia media, banyak kerja di fokuskan kepada laman sesawang lain yang berkaitan dengan kerjaku.

Semalam aku dapat berita Pak Uda a.k.a Zami Ismail kembali ke rahmatullah. Sebenarnya aku baru sahaja hayati drama tv di Astro mengenai Pak Uda yang tidak ke surau kerana tak mahu orang dapat dosa kerana mengata kepadanya yang jarang ke surau, sedangkan dalam cerita berkenaan Pak Uda uzur, semput dan memang sulit untuk beliau ke surau.

Hakikatnya, dalam cerita berkenaan, beliau sentiasa bertasbih, baca al quran di rumah dan sebagainya. Akhirnya, beliau ke rahmatullah di tikar sejadah. Kini Pak Uda benar-benar telah kembali.


Al-Fatihah.....